Friday, March 17, 2017

SYURGA YANG DIRINDUKAN
 

  Perjalanan ku di mesir, bukan lah suatu perjalanan yang mudah dan indah seperti yang difikirkan oleh orang di luar sana. Ia amat susuah,payah dan memerlukan kesabaran, keikhlasan, ketabahan dan pengorbanan. Semenjak phone aku hilang, aku rasa bagai mahu pulang ke malaysia, marah pun ada dan rasa mahu menyendiri pun ada. itulah ujian aku di mesir secara zahir yang terpaksa aku tanggung selain rindu.

  Sselepas phone aku di rompak, banyak aku kena fikir, antara nya ,duit untuk phone aku, makan minum ku, dan lain2.
dan yang paling penting, rindu aku semakin terbeban sebab aku tiada gambar aku disamping keluarga aku. Itulah syurgaku yang aku rindukan, mak ayah, nurul,hakim ,dn hisyam.

  Ya betul,aku langsung tak de gambar disamping dengan keluarga sebab gambar nya semua di phone yang telah dicuri itu.
aku hanya mampu senyum sambil menahan rindu, air mata sambil bertnya kepada mak, ayah, adiq hakim, nurul dn hisyam, Dan air mata mula menitis bila aku mendengar suara mereka semua.
  Jadi,setiap perjalanan ku, setiap langkah ku, setiap perbuatan ku, aku merasakan bahawa disisi ku, ada mereka semua iaitu syurga yang aku rindukan. insyaallah, ada rezeki pada tahun ini, aku balik ke malaysia untuk bertemu syurga yang selama ini aku rindu. Aku cuba kumpul duit sikit demi sedikit untuk pulang ke tanah air.

  Walaupun aku tiada gambar bersama keluarga tapi mereka sentiasa ada di dalam hatiku untuk aku maju ke hadapan bagi meneruskan perjalanan yang jauh lagi dan penuh duri. ia tidak mudah yang kita bayangkan. Untuk menghadapi semua ini, iman dan taqwa kita akan membimbing kita, jaga amal fardhi kita, baca alquran untuk kita merasakan diri kita dengan sama Allah S.W.T.
ini lah syurga yang aku rindukan .
  
                                                        andai nya rindu dan cinta
                                                       sampaikan ia dengan doa

mohd amirul nizam bin amirullah
hayyu asyir,cairo,egypt
18/3/17

Thursday, September 1, 2016

JANGAN ENGKAU SIA-SIAKAN MUTIARA


                      UNIVERSITY OF ALEXANDRIA,EGYPT

  Setiap manusia yang hidup di dalam muka bumi ini, pasti ingin kan kebaikkan kerana itulah fitrah manusia. Malah, kebanyakkan orang benci pada maksiat yang dibuat. Itulah fitrah manusia yang hakiki.

  Allah s.w.t sangat-sangat mengasihi seseorang hambanya walaupun dia telah melakukan banyak dosa dan maksiat. Oleh itu, Allah s.w.t telah menghantar sesuatu hadiahnya melalui malaikat jibril yang sangat indah kepada manusia yang inginkan berubah dan hijrah dari kejahilan nya iaitu 'UJIAN'.

  Walau bagaimanpun, Allah s.w.t tidak akan memberikan ujian tersebut melampaui batasan dari kemampuan seseorang hambanya. Setiap ujian yang allah berikan kepadaku, kadang-kadang aku mampu hadapinya dan sebaliknya.
Aku bersyukur kerna ada orang yang membimbing aku, dia sentiasa nasihatkan aku dan nasihatnya kena pada masalah aku, dan nasihat nya kadang-kala sangat sentap sehingga mengejutkan aku dari hasutan hawa nafsu dan syaitan.

  Dan kini, dia akan pulang ke malaysia untuk selama-lamanya kerna dia sudah habis ijazahnya di Mesir. Dia sentiasa memberi nasihat saat aku jadi musyrif, saat aku baring dikatil, saat aku sedang sembang dengan ikhwah. Pada saat ini, aku masih memikirkan tentang diriku, aku takut terjatuh dilobang yang sama karna tiada siapa yang sentiasa ada disampingku untuk memberikan nasihat kepadaku. Ikhwah jugak beri nasihat kepadaku, akan tetapi saat aku ziarah ikhwah atau berjumpa dengan ikhwah sahaja.

  solusinya, aku tidak mahu jadikan seseorang yang membawa aku kepada perubahan yang lebih baik seperti bulan ramadhan yang datang dengan membawa penuh barakah dan bila ia pergi, aku masih tidak manfaatkan masa sebagaimana aku manfaatkan masa di bulan ramadhan, aku jadi seperti diriku yang dulu,tidak langsung berubah. Maka rugilah diri ini.

Firman allah s.w.t yang maksudnya :
" sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang bersih bertambah-tambah bersih ( dengan iman dan amal kebajikan ). dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya  yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya ( dengan sebab kekotoran maksiat ) ".
[ Ash Shams 91 : 9 - 10 ]


catatan  : cairo,egypt