Thursday, September 1, 2016

JANGAN ENGKAU SIA-SIAKAN MUTIARA


                      UNIVERSITY OF ALEXANDRIA,EGYPT

  Setiap manusia yang hidup di dalam muka bumi ini, pasti ingin kan kebaikkan kerana itulah fitrah manusia. Malah, kebanyakkan orang benci pada maksiat yang dibuat. Itulah fitrah manusia yang hakiki.

  Allah s.w.t sangat-sangat mengasihi seseorang hambanya walaupun dia telah melakukan banyak dosa dan maksiat. Oleh itu, Allah s.w.t telah menghantar sesuatu hadiahnya melalui malaikat jibril yang sangat indah kepada manusia yang inginkan berubah dan hijrah dari kejahilan nya iaitu 'UJIAN'.

  Walau bagaimanpun, Allah s.w.t tidak akan memberikan ujian tersebut melampaui batasan dari kemampuan seseorang hambanya. Setiap ujian yang allah berikan kepadaku, kadang-kadang aku mampu hadapinya dan sebaliknya.
Aku bersyukur kerna ada orang yang membimbing aku, dia sentiasa nasihatkan aku dan nasihatnya kena pada masalah aku, dan nasihat nya kadang-kala sangat sentap sehingga mengejutkan aku dari hasutan hawa nafsu dan syaitan.

  Dan kini, dia akan pulang ke malaysia untuk selama-lamanya kerna dia sudah habis ijazahnya di Mesir. Dia sentiasa memberi nasihat saat aku jadi musyrif, saat aku baring dikatil, saat aku sedang sembang dengan ikhwah. Pada saat ini, aku masih memikirkan tentang diriku, aku takut terjatuh dilobang yang sama karna tiada siapa yang sentiasa ada disampingku untuk memberikan nasihat kepadaku. Ikhwah jugak beri nasihat kepadaku, akan tetapi saat aku ziarah ikhwah atau berjumpa dengan ikhwah sahaja.

  solusinya, aku tidak mahu jadikan seseorang yang membawa aku kepada perubahan yang lebih baik seperti bulan ramadhan yang datang dengan membawa penuh barakah dan bila ia pergi, aku masih tidak manfaatkan masa sebagaimana aku manfaatkan masa di bulan ramadhan, aku jadi seperti diriku yang dulu,tidak langsung berubah. Maka rugilah diri ini.

Firman allah s.w.t yang maksudnya :
" sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang bersih bertambah-tambah bersih ( dengan iman dan amal kebajikan ). dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya  yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya ( dengan sebab kekotoran maksiat ) ".
[ Ash Shams 91 : 9 - 10 ]


catatan  : cairo,egypt